top of page

Program Semai Mesra Pertalian Kasih diadakan adalah untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu ambilan Jun 2017/2018 di Fakulti Sains dan Matematik (FSM). Program ini dapat memberi peluang kepada 280 orang pelajar baru  untuk beramah mesra dengan warga fakulti dan mengenal lebih dekat lagi dengan persekitaran pembelajaran di FSM. Mereka terdiri daripada 130 orang pelajar Diploma Sains,110 orang pelajar Diploma Sains (Matematik) dan 40 orang pelajar Diploma Teknologi Makmal.

Galeri
Program Semai Mesra Pertalian Kasih 2017

OBJEKTIF :

1. Memupuk dan mengembalikan semangat pelajar-pelajar lepasan diploma UPSI dengan persekitaran kampus agar lebih menyesuaikan diri dengan kehidupan di universiti khususnya di Fakulti Sains Matematik.

2. Mendedahkan pelajar-pelajar lepasan diploma UPSI dengan maklumat penting mengenai asas pembelajaran efektif dan perjalanan akademik di universiti serta dapat meningkatkan keyakinan diri dan motivasi pelajar-pelajar dengan mengambil peluang mengikuti aktiviti yang ditawarkan oleh fakulti dan universiti.

3. Memupuk kemahiran komunikasi seperti menggunakan kemahiran bukan Lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.

4. Melatih kerja berpasukan dalam kalangan pelajar seperti menghormati pandangan, pendirian dan kepercayaan orang lain, menerima kepelbagaian yang wujud dalam kumpulan, membantu rakan-rakan secara proaktif, memberi sumbangan kepada perancangan kerja dan sebagainya.

5. Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan yang ada pada mahasiswa seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi   arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi dimensi dan sebagainya.

*semua gambar boleh layari facebook fakulti :: 

*Tonton Montaj 

bottom of page