top of page

TANJUNG MALIM :: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Fakulti Sains dan Matematik mencipta sejarah apabila mendapat kepercayaan Kerajaan Lithuania untuk melaksanakan projek dan kajian berkaitan teknologi solar emallaui Projek Solar PV Lithuania – UPSI.

Projek Kerjasama UPSI dan BOD Group dari Lthiania yang membabtitkan kos RM1 juta itu pencetus hasil lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ke Negara berkenaan tiga tahun lalu,  antara yang dibincangkan usaha pemindahan teknologi ke negeri itu dan rantau Asia Tenggara.

Zambry yang melancarkan projek itu berkata UPSI dipilih sebagai losai projek berdasarkan kedudukan nya sebgai institusi pendidikan tinggi yang mempunyai ramai penyelidik dan kepakaran yang boleh membantu melancarkan projek berkenaan.

Katanya, mealui UPSI juga hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Perak dengan Lithuania dapat dijalinkan sekaligus membolehkan Perak memasarkan produk Lithuania dan mendorongan kepada pemindahan teknologi solar ke UPSI.

“Teknologi solar di sesetengah Negara begitu mahal dan rumit malah sentiasa berubah, namun kaedah dari Lithuania tidak membabitkan kos yang tinggi dan sesuai untuk dilakukan di sini.”

PILIH UPSI KAJIAN BERSAMA

“Justeru kita memilih UPSI untuk membuat kajian bersama berikutan potensi yang ada dalam bidang ini kerana UPSI adalah pusat penyelidikan yang memiliki tenaga kepakaran,” katanya pada siding media selepas melancarkan projek solar berkenaan di Fakulti Sains dan Matematik, Kamp[us Sultan Azlan Shah, university itu di sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Md Nayan,; Naib Canselor UPSI , Prof. Zakaria Kasa; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Datuk Dr. Noraini Idris,; Presiden Majlis Perniagaan Lithuania-Malaysia, Paulius Kuncinas; Pengarah Urusan BOD Group, Rimgaudas Kalvatis dan Dekan FSM Prof. Madya Dr. Zulkifley Mohamed.

TEKNOLOGI SOLAR LITHUANIA KE UPSI

bottom of page