top of page

TANJUNG MALIM :: Kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap setiap teguran diberikan Laporan Ketua Audit Negara 2015 termasuk berkaitan pertubuhan badan kawal selia mengenai pengurusan air.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri bukan tidak ada perancangan berhubung penubuhan badan kawal selia itu, tetapi mungkin tidak dilaporkan.

“Bagi saya laporan audit itu tidak salah, tetapi saya anggap adalah baik kerana sekurang – kurangnya mengingatkan kita mengenai permintaan daripada beberapa negeri untuk memindahkan air ke negeri bersempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada siding media selepas merasmikan pelancaran UPSI-Lithuania Solar PV Project di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kampus Azalan Shah di sini, semalam.

Sebelum ini, laporan audit menyebut Perak perlu mewujudkan badan kawal selia air bagi meningkatkan pelaksanaan pengurusan negeri itu.

;aporan itu turut menyebut pengauditan antara Februari hingga Mei 2006 mendapati beberapa kelemahan termasuk tiada data atau kajian mengenai permintaan dan bekalan air  mentah bagi kegunaan penduduk., industry pertanian serta perikanan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengurusan air di negeri ini menerusi Lembaga Air Perak (LAP) diiktiraf antara syarikat pengurusan air terbaik dan mencatat keuntungan.

“Perak adalah satu-satunya cara negeri yang mendapat untung bersih lebih dari RM100 juta,” katanya.

‘LAPORAN AUDIT TIDAK SALAH’

bottom of page