top of page

PANGGILAN KEDUA : JEMPUTAN MENYERTAI THE 6th INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOLID STATE SCIENCE AND TECHNOLOGY & WORKSHOP ON ADVANCED MATERIALS TECHNOLOGY: GROWTH & CHARACTERIZATION

 

Sukacita dimaklumkan bahawa The 6th International Conference on Solid State Science and Technology (ICSSST2017) & Workshop on Advanced Materials Technology : Growth & Characterization (AMTGC2017) yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Teknologi Nano Optoelektronik (INOR) USM dan Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) akan diadakan pada 13 – 16 November 2017 bertempat di Hotel Olive Tree, Pulau Pinang.

 

Kami berhasrat untuk mempelawa Y.Bhg. Datuk/Y.Bhg. Dato’/Y.Brs. Prof./Tuan/Puan untuk menyertai persidangan dan bengkel ini. Y.Bhg. Datuk/Y.Bhg. Dato’/Y.Brs. Prof./Tuan/Puan boleh melayari laman web https://www.icssst2017.com/ untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan ICSSST2017. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 September 2017 (https://www.icssst2017.com/dates-schedule-venue).

 

Kerjasama Y.Bhg. Datuk/Y.Bhg. Dato’/Y.Brs. Prof./Tuan/Puan juga dipohon untuk memanjangkan hebahan ini kepada rakan, pelajar, jaringan masing-masing dan pihak yang berminat. Sila hubungi +604 - 653 6129 (Dr. Iskandar, iskandarshah@usm.my), +604 – 653 3652 (Dr. Suhana, suhanaarshad@usm.my) untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

 

Sekian, terima kasih.

Sekretariat,
​​
ICSSST2017,
Pusat Pengajian Sains Fizik,
Universiti Sains Malaysia.
Penang, MALAYSIA.

ICSSST2017
bottom of page